Cara Membiakkan Cendawan Mekah atau Kombucha

Cendawan Mekah atau Kombucha. Cara Membuat, Membiakkan dan Petua Video
Cendawan Mekah atau Kombucha. Cara Membuat, Membiakkan dan Petua Video

Asal-Usul Cendawan Mekah @ Teh Kombucha !!!

Adalah sejenis makhluk ganjil berupa ampai-ampai atau obor-obor. 
Telah disebarkan ke seluruh ke Eropah Timur seperti German,Tibet dan Tanah Besar China. Namun belum ada penemuan yang tepat mengenainya. Yang pasti ia dtelah diwarisi sejak temurun lagi.


Cendawan Mekah hidup subur hanya dalam air bersih dan bergula. Bermakna ia hanya boleh hidup dalam air yang bergula, kemudian dihuraikan untuk menjadi penyembuh ajaib kepada pelbagai jenis penyakit.

Benih Cendawan Mekah sangat unik dan berharga nilainya. sekali membeli kita tidak perlu membeli lagi. Airnya boleh diminum, sekali membeli bererti anda telah menyediakan ubat semulajadi murah dan berkesan mencegah dan menyembuh penyakit sehingga ke anak cucu boleh diminum.

Cendawan Mekah atau Kombucha. Cara Membuat, Membiakkan dan Petua Video
Cendawan Mekah atau Kombucha. Cara Membuat, Membiakkan dan Petua Video


Proses Pembuatan

1) Sediakan barang keperluan, alatan dan bekas seperti :-
a) Botol kaca
b) Senduk pengacau
c) Kain untuk penutup 
d) Getah gelang
e) teh uncang
f) gula
g) Air yg ditapis / air mineral

**KESEMUA ALATAN HENDAK DIPASTIKAN TAHAP KEBERSIHAN YANG TINGGI.

2) Siapkan air teh ‘O’ lebih manis dan dibiarkan hingga sejuk sendiri.
Kadar campuran unt Teh O :
2 liter air Mineral @ Tanpa Klorin +  250gram gula Perang + 2uncang teh Hijau.

3) Masukkan 10% air benih (jika benih yang baru dibeli – tuang keseluruhannya) ke dalam bekas yang disediakan (Botol kaca) dan masukan benih serta air teh ‘o’ lebih manis tersebut.

4) Tutup permukaan bekas menggunakan kain dan ikat dengan getah.

5) Biarkan selama 7-14 hari ditempat yang selamat tanpa diganggu.

6) Apabila kelihatan dipermukaan seperti roti canai/lempeng, bermakna proses telah berjaya.

7) Angkat benih tersebut dan diasingkan ke dalam bekas yang lain bersama 10% airnya.

8) Air yang tinggal hendaklah ditapis dan sedia untuk diminum atau disimpan di dalam peti sejuk.

9) Ulang proses di atas untuk penyediaan seterusnya.
Previous
Next Post »