Khasiat Cendawan Mekah atau kombucha

Khasiat Cendawan Mekah atau kombucha
Khasiat Cendawan Mekah atau kombucha

Air teh Kombucha adalah minuman zaman silam dari Manchuria yang mana ia telah dibiakkan melalui proses pembentukkan/pembiakan dari ‘Bacterium lylinum’. Teh Kombucha ini secara semulajadi adalah sedikit berasid dan diketahui mempunyai rasa seperti ‘cuka sider epal’, ia sedikit manis, sedikit masam.

‘Biochemist’ banyak menyebut tentang kesan therapeutik asid L-Laktik dan asid Glucuranic. Asid Laktik juga ditemui di dalam tapai makanan seperti sauerkraut dan yogurt. Asid Laktid di dalam air tapai yang aktif adalah lebih tinggi tahap ionnya maka ianya lebih baik dari asid asitik (dijumpai dalam cuka). Asid Laktik mengaktifkan sel pernafasan, meningkatkan oksigen di dalam darah dan menambahkan tenaga. Ia juga dapat mengimbangi pH darah dalam keadaan berasid dan secara perlahan meransang fungsi hati (liver).

Asid Laktik jarang sekali terdapat didalam tisu pesakit kanser. Kekurangan asid Laktid akan menjurus kepada ‘Hypoxia’, iaitu kekurangan oksigen dan akan mengakibatkan pembentukkan asid DL-Laktik yang tidak diingini.

Asid Glucuronic adalah penyahtoksid bagi hati yang akan mengikat metabolic dan racun dari persekitaran bagi membuang bahan-bahan merbahaya tersebut dikeluarkan dari badan.

Pelarut semulajadi ini sangat berguna kepada pesakit-pesakit arthritis, gout atherosclerosis dan lain-lain di mana terdapat lebihan kolestrol dan lain-lain bahan metabolic. Asid Glucuronic juga adalah pembina kepada sekumpulan penting ‘mucopolysaccharides’.

Mucopolysaccharides adalah molekul-molekul kompleks yang besar gula yang bergabung dengan asid amino lalu membentuk semen cecair intercellular bagi badan yang akan melindungi dan mengikat antara satu lain organ-organ serta melincirkan sendi-sendi.

Mucoplysaccharides mengandungi:

1. Asid Hyaluronic, yang ditemui dalam krim-krim muka yang mahal dan juga dalam di kulit di mana ia mengikat sel-sel dan juga air tisu.

2. ‘Chondroitin Sulfate’, terdapat di tulang rawan dan rangkaian tisu yang mempercepatkan penyembuhan tulang dan tisu lembut.

3. Asid Mucoitin Sulfurik, bahan asas kepada pembinaan lapisan perut dan vitreous humors mata.

4. ‘Heparin’, pencair darah yang ditemui terutama dalam tisu hati dan peparu yang membantu mengelakkan pembekuan darah.

Air teh Kombucha sangat baik terutama di dalam menormalkan fungsi sistem penghadaman apabila diambil sewaktu makan. Walaupun ia bersifat asid, ia tidak mengakibatkan ‘hyperacidity’ di dalam perut. Asid dari makanan yang tidak hadam selalunya adalah simptom dari penapaian makanan yang tidak diingini dan akibat dari kekurangan makanan mentah (60%) dan kekurangan asid hidroklorik dan lain-lain asid rembesan yang diperlukan oleh sistem penghadaman.

Air teh Kambucha dapat mengatasi masalah pembuangan air besar (sembelit) dan telah menghasilkan keputusan yang baik terhadap pesakit yang menderita masalah buah pinggang dan batu dalam hempedu. Ada juga lapuran yang mengatakan bahawa ia dapat mengurangkan berat badan jika diminum setiap hari.

Air teh Kombucha bukanlah penyembuh segalanya. Namun selama beratus-ratus tahun, ia telah merekodkan banyak testimoni penyembuhan dan peningkatan kesihatan diri yang menakjubkan. Bagi mengetahui kesesuaian bagi penyembuhan diri anda minumlah air teh Kombucha secara berterusan selama 30 hari. Adalah dicadangkan supaya bermula dengan pengambilan empat (4) auns sehari dan tingkatkan secara beransur kepada dua belas (12) auns sehari.

Kebaikan yang pernah dilaporkan kesan mengamalkan minum air teh Kombucha:

Menghapuskan kedutan dan membantu menyinkirkan tompok-tompok perang pada tangan. Ia adalah pelembab kulit

Mengelakkan dari beberapa jenis kanser. Di Manchuria, dimana cendawan ini ditemui, tiada satu kes kanser pun dikesan di sana. Setiap hari mereka minum air teh Kombucha ini sebagai amalan keagamaan.

Semasa manapous, Kombucha dapat mengurangkan rasa tidak selesa akibat panas. Sebaik selepas meminumnya, anda akan mengalami rasa sensasi yang menyeronokkan kerana komponen air teh Kombucha yang memasuki saluran

Semasa manapous, Kombucha dapat mengurangkan rasa tidak selesa akibat panas. Sebaik selepas meminumnya, anda akan mengalami rasa sensasi yang menyeronokkan kerana komponen air teh Kombucha yang memasuki saluran darah bertindakbalas menyingkirkan bahan-bahan kimia beracun dan cecair, mengakibatkan anda merasa peningkatan aktiviti dan fleksibiliti di kawasan sekeliling pinggang anda.

Sudah banyak testimoni-testimoni daripada pengamal minuman ini yang mengakui kebaikkan dan khasiat tinggi diperolehi dari minuman Cendawan Mekah ini.

Antara kebaikkan yang ditemui:

Membantu melegakan masalah sembelit.
Membantu melegakan sakit-sakit otot pada bahu dan leher/tengkuk.
Membantu melegakan masalah bronchitis, asma dan batuk.
Membantu melegakan kanak-kanak yang ada masalah berkahak (Phlegm)
Membantu melegakan masalah alergik dan juga masalah sakit saraf.
Membantu melegakan masalah buah pinggang.
Membantu melegakan masalah katarak atau masalah kornea mata.
Membantu membersihkan pundi hempedu, menolong masalah colitis dan sakit perut
Membantu menyembuhkan banyak jenis penyakit.
Berupaya mengurangkan kolestrol dan melembutkan saluran-saluran darah.
Membantu melegakan masalah cirit-birit.

KLIK ( SINI ) untuk mengentahui Cara Membuat, Membiakkan Dan Petua Penjagaan Cendawan Mekah @ Kombucha.



Secara umumnya Khasiat dan Kelebihan Air Cendawan Ajaib/mud-mud In sha Allah :

* Sakit sendi dan tulang
* Menyembuhkan sakit kepala termasuk migraine
* Menyembuhkan kencing manis
* Membantu menurunkan kadar kolesterol
* Melancarkan pembuangan air besar
* Menyembuhkan masalah penglihatan
* Mencegah dan menyembuhkan batuk, bronchitis dan asma.
* Menurunkan tekanan darah tinggi (hipertensi)
* Mencegah jerawat dan penyakit kulit lainnya
* Memperbaiki gangguan menstruasi dan menopause
* Membersihkan racun dalam tubuh (detoksifikasi) dan sel kanser
* Mengatasi masalah impotensi/ disfungsi ereksi
* Mengurangi stress dan gangguan tidur (insomnia)
* Menyuburkan rambut dan mengatasi masalah kerontokan /keguguran serta membantu masalah uban
* Menambah tenaga termasuk tenaga seksual
* Menjaga stamina tubuh dan menurunkan ketegangan saraf serta berbagai macam penyakit lainnya
* Membuat tubuh senantiasa sihat dan awet muda
* Memyembuhkan sakit lumpuh (stroke)
* Dan berbagai jenis penyakit kronik.:

Benih cendawan ini sangat mahal harganya sesuai dengan khasiatnya untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Benih ini menjadi rebutan diseluruh Nusantara, India, Asia Barat, Eropah kerana nilai kandungan perubatan yang terkandung dalam air cendawan ajaib ini. Ia dipanggil dengan pelbagai nama seperti Tea Combuchea Di Indonesia, Alga Mekah, Ibu Som Di Malaysia (Terengganu) dan pelbagai nama unik lain.

Cendawan ini dibiakkan melalui proses rendaman dengan air teh O. Jika direndam sebulan,benih ini akan membesar mengikut bekas yang kita rendam.

Air Teh O Yang direndam tadi akan berubah rasa menjadi rasa air cuka apple selepas direndam selama seminggu atau lebih.

PEREMPUAN MENGANDUNG DILARANG MINUM TEH KOMBUCHA
Previous
Next Post »